Skip to main content

Accident / Kemalangan Kereta? Jangan Panik / Panic. Lakukan Perkara Berikut [Part One]

 Assalamualaikum, 


Saya nak berkongsi pengalaman saya accident kereta baru-baru ini. Bacalah dari mula sampai akhir semuga bermanfaat. Saya akan update posting ini dari masa ke semasa supaya proses yang saya lalui dapat berkongsi bersama.

 

Jangan PANIK! Perkara yang kena buat masa accident kereta


1. Catit waktu & tarikh kejadian

Antara perkara yang kita kena tahu semasa report ke balai polis trafik nanti adalah, waktu kejadian. Tulis / catit nota di phone anda  / di mana-mana buku / kertas untuk mencatit waktu kejadian. Seperti saya kejadian berlaku lebih kurang 11am


2. Rakam / Tangkap gambar lokasi kejadian

Kita kena tahu tapak kejadian yang sebenar, ini semua informasi yang diperlukan semasa buat report polis nanti. Seperti saya kejadian berlaku di Jalan Persiaran Subang Jaya, dekat dengan simpang keluar Jalan Subang 2. Silapnya saya tidak tangkap gambar jalan jadi masa di pejabat polis kena tengok google Map.

Berdekatan, simpang keluar Jalan Subang 2, ada kereta uturn di tempat yang tidak dibenarkan uturn ini

 

Berdekatan dengan MetTube sebuah kilang copper coils & tubes untuk air conditioning and refrigeration industries

3. Rakam / Tangkap gambar kenderaan kita dan kenderaan lain yang terlibat

Perkara ini semua adalah bukti, untuk kita kemukakan nanti. Jadi sangat penting, walaupun polis nanti akan tangkap gambar juga (kalau kereta masih boleh bawa ke balai, kalau case yang kena on tow mungkin ada kesukaran nanti). Pada waktu itu Sis pun tak tahu kena ambil semua gambar ni saya hanya mengikut jejak langkah orang yang melanggar saya :D. Dia tangkap gambar, saya pun buat benda yang sama.

old serving car Wira (7 years for me lah) still standing

 
Bahagian pintu kemek kena langgar, dekat dengan Driver ya. Sis masih trauma sampai sekarang. Tergiang2 detik nak kena langgar. Bayangkan kalau pintu ni terkemek dalam lagi. Kena Sis. Hmmm.

Kereta orang itu, cost tinggi tu nak baiki lampu kereta jer dah beratus2 or ribu satu set. (insurance cover lah) 

snap semua untuk bukti, or kalau kita bersalah dimana insurance kita kena tanggung kos baik pulih, sekurangnya kita tahu yang claim itu valid. Yang ini tengah snap no plate orang tu sebenarnya.


4. Ambil maklumat tentang kenderaan lain dan pemandunya dalam kejadian tersebut

  1. No telefon orang yang terlibat 
  2. Nama Insurans orang yang terlibat
  3. No plat & jenis kereta orang yang terlibat
  4. Kalau boleh snap lah lesen memandu incase kalau orang itu tak nak bekerjasama nanti. Tapi info ini tidak diperlukan pun.

 

5. Call Insurance untuk on tow kereta

Untuk kes yang kereta tak boleh gerak. Pastikan anda call insurance untuk dapatkan on tow secara percuma ya. Jangan guna on tow dijalanan melainkan kalau insurance anda tak cover. Sebenarnya kalau guna insurance kos on tow free jer. Jadi call lah insurance masing-masing ya. Jangan deal bayaran apa-apa dengan pihak lain yang terlibat. Pastikan go tru insurance sahaja.


6. Call Ambulans kalau ada kecederaan

Kalau ada kecederaan segera call ambulans untuk dapatkan bantuan.

 

7. Buat laporan polis / police report

Step ini sangat-sangat penting! Kena buat laporan dalam masa 24JAM!

Lepas dah cukup semua bukti yang dikumpulkan dan maklumat, boleh lah kita pergi ke balai polis trafik yang berdekatan. Boleh search di Google Map atau call dahulu balai yang ingin dituju sebelum pergi ke sana.

Semasa di balai nanti pegawai polis akan mengambil laporan kita, dan beri consultation tentang kejadian yang berlaku.

Macam kes saya, pada awalnya orang yang uturn tu letakkan kesalahan pada saya. Tapi setelah kes ini dibawa ke balai, polis menerangkan bahawa kesalahan bukanlah pada saya ini kerana kereta orang itu buat uturn di tempat yang tidak dibenarkan dan juga kereta orang itu kena sepatutnya memberi laluan kepada saya. Laluan saya lebih utama.

Selepas laporan dibuat, polis akan bagi kita Resit Akuan Penerimaan Laporan dan kemudiannya dokumen-dokumen lain

Resit Akuan Penerimaan Laporan

Resit ini penting untuk kita guna nanti nak minta salinan "laporan polis / police report", keputusan siasatan, gambar kenderaan, rajah kasar kemalangan lain-lain dokumen. Boleh rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Resit Akuan Penerimaan Laporan

Salinan Laporan Polis / Police Report 

Kes saya, saya dapat salinan laporan polis lambat. Polis ambil laporan kita tapi, sebab saya report pada hari Sabtu dia tak bagi salinan. Pejabat polis hanya buka Isnin-Jumaat (kerja2 administrative). Balai masih open untuk terima laporan sahaja. Tunggulah sampai hari isnin barulah saya dapat ambil salinan police report tu. Btw, salinan ini harga rm4 ya bukan free :D

Salinan Laporan Polis


Bukti harga di RM4 ya ni baru satu nanti kena ambil dokumen lain pula

Dokumen lain yang penting kita kena tunggu 2 minggu / 14 hari untuk dapat adalah Keputusan Siasatan. Jadi kena datang balik untuk beli salinan dokumen ini nanti. Penting untuk insurance claim juga. Tapi dengan Salinan Laporan Polis sudah cukup untuk kita hantar terus kereta ke bengkel panel insurance. Later on kita boleh bagi dokumen keputusan siasatan pula.


8. Claim insurans / insurance 

Perkara ini boleh dilakukan terus, sekiranya kita dapat polis report awal. Ok untuk steps claim insurans saya akan buat posting lagi satu ya 😉 .



Ini antara steps yang Takaful Malaysia suggest juga sama jer :D




 

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Check Bateri Kereta Guna Multimeter MRDIY

Salam semua, masa Perintah Kawalan Pergerakkan ini, kita jangan lupa pula rajinkan start enjin kereta. Nanti bateri kereta terlalu low takut tak boleh start pula! Sekarang bengkel pun ada waktu operasi tertentu! Jadi marilah kita beringat-ringat dan ambil masa terluang untuk check bateri kereta kita. Pertama sekali saya membeli digital multimeter in di MR DIY dengan harga RM11.70 . Secara jujurnya terceruk juga lah nak cari multimeter ini dekat bahagian rak yang ada tools-tools kalau tak silap saya, kalau beli online lagi senang search jer, beli, pastu boleh delivery. Jimat masa 1-2jam :P. Hah eloklah delivery sebab sekarang kan musim CoVid-19. Beberapa bahagian penting yang kita kena tahu untuk mula menggunakan digital multimeter ini. Apa itu Digital Multimeter ? Alat multimeter digital (DMM), alat penting yang boleh anda gunakan untuk mendiagnosis litar, belajar tentang reka bentuk elektronik orang lain, dan juga menguji bateri. Oleh itu, nama multi/'pelbagai' -

Chassis Bengkok

Salam, aku nak citer skit. ritu aku nek kete, langgar lubang besar.. hmm...gedebukkkkk kuat bunyi .. OK something wrongg.. bumper dah senget. pusing stereng tayar bebunyi... apa jadi? chassis dah bengkok daaa.. duit melayang dah tgh raya... maka lepas raya .. aku gi lah usha bengkell tanya arga... kes camni KENA ketuk boddy.. takde dah cara lain. ni bukan masalah bumper depan jatuh,, ni masalah chassis bengkok. bleh angkat hood bonet depan.. tuk tengok kebengkokan dia. 3 kedai aku gi 3 kedai offer arga len2 acai : rm 370 apek : rm550 ah long! : rm 800 pengsan aku.. memang acai ler aku ambik!. Sebelum : Selepas pesanan sila lah berhati2 memandu tak yah nak laju sangat.!

Jangan Isi Minyak Sedikit Sedikit Nanti Rosak Fuel Pump!

Salam semua, Hari ini kereta aku mampus tepi jalan kehabisan minyak. Alkisahnya, nampak dah lampu minyak kereta menyala, tanda kena isi minyak, tapi sebab kejar delivery time maka, aku teruskan juga perjalanan.  Selamat tiba di destinasi yang dirancang, kini nak cepat-cepat pulang, aku tahu minyak memang tinggal sedikit, tapi masalahnya adalah aku x jumpa stesen yang berdekatan! Maka gigihkan diri untuk jalan juga. Tiba satu tempat mati juga kereta. Syukur tak jauh dari situ ada Shell, ni dekat Glenmarie. Aku pun jalan lah... Nasib baik staff dekat Shell tu baik, kasi sewa tong minyak, kasi funnel. tapi isi pakai funnel masih susah sebab minyak terkeluar2.   gambar dari internet ya. lupa pula nak snap. Shell kasi option 1) sewa tong dengan harga rm5 tu boleh isi dalam rm7 minyak, lepas tu pulangkan dapat duit rm5 2) atau beli tong tu dengan harga rm5 kebetulan ada juga dia bagi funnel, tapi funnel tu macam tak ada function pun..sebab masih banyak minyak melimpah keluar... a