Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Accident / Kemalangan Kereta? Cara Claim Insurans / Insurance Takaful Malaysia [Part Two]

Sambungan dari post yang pertama ( Accident / Kemalangan Kereta? Jangan Panik / Panic. Lakukan Perkara Berikut [Part One] )    Rujukan penuh boleh baca di link ini complete handbook guide oleh Takaful Malaysia kalau masih tak clear boleh aja call mereka untuk dapatkan bantuan. Cara-cara klaim insurans / claim insurance Takaful Malaysia 1. Sediakan dokumen-dokumen minimum yang diperlukan Salinan Laporan Polis  Salinan Geran Kereta Salinan IC Pemandu Salinan Lesen Pemandu Sijil Takaful Gambar-gambar bukti accident dalam bentuk digital / soft copy 2. Bawa kereta ke bengkel panel  Untuk Takaful Malaysia boleh lawati page ini untuk lihat list panel-panel bengkel mereka.        3. Berurusan dengan bengkel panel         Segala urusan claim akan dilakukan oleh bengkel panel. Kita hanya perlu check update dari mereka dari masa ke semasa dan berikan segala dokumen yang diperlukan.        4. Selepas 2 minggu ambil Keputusan Siasatan         Boleh ambil Keputusan Siasatan dari balai polis trafik

Accident / Kemalangan Kereta? Jangan Panik / Panic. Lakukan Perkara Berikut [Part One]

 Assalamualaikum,  Saya nak berkongsi pengalaman saya accident kereta baru-baru ini. Bacalah dari mula sampai akhir semuga bermanfaat. Saya akan update posting ini dari masa ke semasa supaya proses yang saya lalui dapat berkongsi bersama.   Jangan PANIK! Perkara yang kena buat masa accident kereta 1. Catit waktu & tarikh kejadian Antara perkara yang kita kena tahu semasa report ke balai polis trafik nanti adalah, waktu kejadian. Tulis / catit nota di phone anda  / di mana-mana buku / kertas untuk mencatit waktu kejadian. Seperti saya kejadian berlaku lebih kurang 11am 2. Rakam / Tangkap gambar lokasi kejadian Kita kena tahu tapak kejadian yang sebenar, ini semua informasi yang diperlukan semasa buat report polis nanti. Seperti saya kejadian berlaku di Jalan Persiaran Subang Jaya , dekat dengan simpang keluar Jalan Subang 2 . Silapnya saya tidak tangkap gambar jalan jadi masa di pejabat polis kena tengok google Map. Berdekatan, simpang keluar Jalan Subang 2, ada kereta uturn di temp

Jangan Isi Minyak Sedikit Sedikit Nanti Rosak Fuel Pump!

Salam semua, Hari ini kereta aku mampus tepi jalan kehabisan minyak. Alkisahnya, nampak dah lampu minyak kereta menyala, tanda kena isi minyak, tapi sebab kejar delivery time maka, aku teruskan juga perjalanan.  Selamat tiba di destinasi yang dirancang, kini nak cepat-cepat pulang, aku tahu minyak memang tinggal sedikit, tapi masalahnya adalah aku x jumpa stesen yang berdekatan! Maka gigihkan diri untuk jalan juga. Tiba satu tempat mati juga kereta. Syukur tak jauh dari situ ada Shell, ni dekat Glenmarie. Aku pun jalan lah... Nasib baik staff dekat Shell tu baik, kasi sewa tong minyak, kasi funnel. tapi isi pakai funnel masih susah sebab minyak terkeluar2.   gambar dari internet ya. lupa pula nak snap. Shell kasi option 1) sewa tong dengan harga rm5 tu boleh isi dalam rm7 minyak, lepas tu pulangkan dapat duit rm5 2) atau beli tong tu dengan harga rm5 kebetulan ada juga dia bagi funnel, tapi funnel tu macam tak ada function pun..sebab masih banyak minyak melimpah keluar... a