Skip to main content

Jom Check Bateri Kereta Guna Multimeter MRDIY

Salam semua, masa Perintah Kawalan Pergerakkan ini, kita jangan lupa pula rajinkan start enjin kereta. Nanti bateri kereta terlalu low takut tak boleh start pula! Sekarang bengkel pun ada waktu operasi tertentu! Jadi marilah kita beringat-ringat dan ambil masa terluang untuk check bateri kereta kita.

Pertama sekali saya membeli digital multimeter in di MR DIY dengan harga RM11.70.



Secara jujurnya terceruk juga lah nak cari multimeter ini dekat bahagian rak yang ada tools-tools kalau tak silap saya, kalau beli online lagi senang search jer, beli, pastu boleh delivery. Jimat masa 1-2jam :P. Hah eloklah delivery sebab sekarang kan musim CoVid-19.

Beberapa bahagian penting yang kita kena tahu untuk mula menggunakan digital multimeter ini.

Apa itu Digital Multimeter ?

Alat multimeter digital (DMM), alat penting yang boleh anda gunakan untuk mendiagnosis litar, belajar tentang reka bentuk elektronik orang lain, dan juga menguji bateri. Oleh itu, nama multi/'pelbagai' - 'meter' (pelbagai ukuran).

Bahagian Digital Multimeter

Display / Paparan

Digital Multimeter Display


Bahagian display LCD inilah yang boleh menunjukkan bacaan sukatan voltage, elektrik, resistant, dan boleh menunjukkan bacaan negatif juga.

Selection Knob / Dial / Switch

Digital Multimeter Switch
Switch ini digunakan untuk menukar fungsi sukatan bacaan mana yang kita nak ambil. Contoh kalau nak check Direct Current voltage, kita boleh pusing dial ini kepada DCV.

Port / Jack




Digital Multimeter Jack




Dekat sini lah kita cucuk test lead untuk mendapatkan sukatan bacaan. Untuk membaca Voltage, kita hanya perlukan port / jack V(Ω)mA dan COM (common)


V(Ω)mA
Untuk input bacaan Voltage, Resistance, elektrik rendah daripada 200mA, suhu dan bateri.

10A
Untuk input bacaan lebih elektrik daripada 200mA 

COM
Common jack

Test Lead


Digital Multimeter Test Lead

Wayar inilah yang kita gunakan untuk mengambil sukatan dari bateri, litar, resistor. Terdapat pelbagai jenis, mengikut keperluan. Yang MR DIY bagi ini jenis jarum / needle.


Cara-cara check Voltage Bateri Kereta


Ok untuk membaca kadar Voltage bateri kita mudah sahaja...

  1. Masukkan test lead warna merah kepada port V(Ω)mA dan test lead hitam kepada port COM.
  2. On digital multimer itu dan pusing dial/switch kepada fungsi DCV
  3. Ambil wayar merah bahagian yang macam jarum itu kepada terminal bateri kereta bahagian positive (warna merah) cucuk  dekat situ.
  4. Ambil wayar hitam bahagian yang macam jarum itu kepada terminal bateri kereta bahagian negatif (warna hitam) cucuk  dekat situ.
  5. Dah boleh nampak bacaan sebelum bateri dicharge / kereta dihidupkan. dalam 12.5 Volt.
  6. Lepas tu kita nak tengok bacaan selepas kereta dihidupkan...
  7. Saya cabut dulu wayar multimeter dekat terminal bateri
  8. Kemudian saya start enjin
  9. Saya pasang balik wayar multimer pada terminal bateri
  10. Kemudian saya dapat lihat bateri kereta mula mengecas dan bacaan meningkat ke 14.5 Volt.

Sebaiknya bateri kereta sepatutnya tidak kurang daripada 12.5-12.4 Volt. Kalau kurang daripada itu akan menghadapi kesukaran untuk start enjin sebab tak cukup power.

Kalau kereta lama saya Wira ini kena start kereta Sekurang-kurangya 1 kali seminggu. Kalau dibiarkan tidak start, kuasa bateri menjadi lemah.. 

Bila kita start kereta, tunggu seketika untuk membenarkan Alternator charge bateri kereta kita. Selepas charge kita akan dapati bacaan Voltage meningkat.


 Video Tutorial Check Bateri Kereta

Kalau anda nak lihat dengan lebih lanjut lagi, saya cadangkan untuk lihat video di youtube channel saya kat bawah ni!




Comments

  1. haah., kete wak pon bateri kong sbb pkp 2 bulan x start., huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chassis Bengkok

Salam, aku nak citer skit. ritu aku nek kete, langgar lubang besar.. hmm...gedebukkkkk kuat bunyi .. OK something wrongg.. bumper dah senget. pusing stereng tayar bebunyi... apa jadi? chassis dah bengkok daaa.. duit melayang dah tgh raya... maka lepas raya .. aku gi lah usha bengkell tanya arga... kes camni KENA ketuk boddy.. takde dah cara lain. ni bukan masalah bumper depan jatuh,, ni masalah chassis bengkok. bleh angkat hood bonet depan.. tuk tengok kebengkokan dia. 3 kedai aku gi 3 kedai offer arga len2 acai : rm 370 apek : rm550 ah long! : rm 800 pengsan aku.. memang acai ler aku ambik!. Sebelum : Selepas pesanan sila lah berhati2 memandu tak yah nak laju sangat.!

Jangan Isi Minyak Sedikit Sedikit Nanti Rosak Fuel Pump!

Salam semua, Hari ini kereta aku mampus tepi jalan kehabisan minyak. Alkisahnya, nampak dah lampu minyak kereta menyala, tanda kena isi minyak, tapi sebab kejar delivery time maka, aku teruskan juga perjalanan.  Selamat tiba di destinasi yang dirancang, kini nak cepat-cepat pulang, aku tahu minyak memang tinggal sedikit, tapi masalahnya adalah aku x jumpa stesen yang berdekatan! Maka gigihkan diri untuk jalan juga. Tiba satu tempat mati juga kereta. Syukur tak jauh dari situ ada Shell, ni dekat Glenmarie. Aku pun jalan lah... Nasib baik staff dekat Shell tu baik, kasi sewa tong minyak, kasi funnel. tapi isi pakai funnel masih susah sebab minyak terkeluar2.   gambar dari internet ya. lupa pula nak snap. Shell kasi option 1) sewa tong dengan harga rm5 tu boleh isi dalam rm7 minyak, lepas tu pulangkan dapat duit rm5 2) atau beli tong tu dengan harga rm5 kebetulan ada juga dia bagi funnel, tapi funnel tu macam tak ada function pun..sebab masih banyak minyak melimpah keluar... a