Skip to main content

Jangan Isi Minyak Sedikit Sedikit Nanti Rosak Fuel Pump!

Salam semua,

Hari ini kereta aku mampus tepi jalan kehabisan minyak.

Alkisahnya, nampak dah lampu minyak kereta menyala, tanda kena isi minyak, tapi sebab kejar delivery time maka, aku teruskan juga perjalanan. 

Selamat tiba di destinasi yang dirancang, kini nak cepat-cepat pulang, aku tahu minyak memang tinggal sedikit, tapi masalahnya adalah aku x jumpa stesen yang berdekatan!

Maka gigihkan diri untuk jalan juga. Tiba satu tempat mati juga kereta.

Syukur tak jauh dari situ ada Shell, ni dekat Glenmarie. Aku pun jalan lah...

Nasib baik staff dekat Shell tu baik, kasi sewa tong minyak, kasi funnel. tapi isi pakai funnel masih susah sebab minyak terkeluar2.

 

gambar dari internet ya. lupa pula nak snap. Shell kasi option

1) sewa tong dengan harga rm5 tu boleh isi dalam rm7 minyak, lepas tu pulangkan dapat duit rm5

2) atau beli tong tu dengan harga rm5

kebetulan ada juga dia bagi funnel, tapi funnel tu macam tak ada function pun..sebab masih banyak minyak melimpah keluar...

adik Shell yang tolong aku on second trip..guna botol yg dipotong + funnel, lagi berkesan lah. better dua org buat kerja ni.

ok dah isi minyak skit. tapi sebab kereta aku mati kat kawasan tinggi. agak susah nak start kereta juga. nak turun bawah lagi agak bahaya. mungkin sebab fuel pump tak boleh nak detect yang dah ada minyak.

sebabkan panas terik. aku pun giveup lahm dah cuba macam2 nak start kereta still tak boleh.

kalau aku tgk video youtube mat salleh, depa suh start tutup start tutup banyak kali baru boleh start balik.

tapi aku rasa sebab cerun tinggi maka memang susahlah dengan minyak sedikit untuk start kereta. dah isi rm14 still sistem x boleh detect. 


lepas panggil insurance, aku pun gilah bawa ke bengkel. aku guna takaful so far service on tow 50km percuma dan terbaik. call jer tele bantuan dia. check kat website.

lepas on tow datang, aku pun bawa lah pergi bengkel. aku tak taulah fuel pump tu betul2 rosak ke tak. 

atas ni gambar fuel pump.

assuming kereta aku pun dah lama, takpelah nak tukar pun. 

satu ilmu yang aku baru tahu tentang isi minyak ni 

isi minyak biarlah selalu penuh. jangan biar meter bawah dari tengah, supaya fuel pump tu terendam dengan minyak kalau tak lama2 dia mudah rosak.

ni apa yang orang bengkel bagi taulah. 


ni gambar tangki minyak, terletak di bahagian bawah. kena buka tangki ni tukar fuel pump. service ni ambil masa 1-2jam. besar kan tangki ni. ni pun benda baru aku belajar.

aku rasa next time kalau benda ni terjadi lagi cubalah isi minyak banyak skit dalam rm30 kalau kat kawasan bukit susah skit minyak nak naik. apa2 pun aku relakan fuel pump ditukar

dan lepas ni aku akan sentiasa pastikan meter minyak sentiasa atas dari separuh! jaga fuel pump. 

btw kalau kereta korunk mati pun janganlah panik kan. dan aku nak suggest juga beli tong minyak besar skit berserta muncung yang sesuai ok untuk emergency. try isi banyak...jangan isi skit ja sebab minyak dah kering sangat. silap aku hahah.




Comments

  1. nice infooo! dulu pernah lah isi minyak rm 7 je sbb kereta betul2 mati tepi highway. ada abg moto tolong isi 1.5 litre lepas tu pegi isi minyak full tank terus kat pam minyak petronas memang first and last lah..sjak kejadian tu minyak tinggal suku je dah gelabah cari pam minyak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha sbb tu kalau nak guna brand minyak petrol, guna yg senang nak jumpa kat mana2. macam saya sendiri guna petronas lah lagi prefer kan sbb ade byk stesen kt kg2, taman2 highway2. lepas tu isi minyak guna app setel dia

      Delete
    2. tu lah suka jugak guna petronas tue sbbnya guna topup je kan...mmg membantu lah kalau keluar rumah trbalik lewat lepas pkul 12 mlm pun still boleh guna bayar setel kan....

      Delete
    3. ye lagipun apps dia mmg mmbantu lg2 skarang ade petrol pam yg dah tutup pkul 12 mlm kan lepas dari tu guna setel je nak isi minyak..xde dah nak mnggelabah ke ape ke dah berbaloii

      Delete
    4. thanks sebab visit blog kita ya jom lah rajin2 kan diri isi minyak hehehe :D

      Delete
    5. kadang kalau dah isi minyak tong tu still tak boleh idup juga kena pancing minyak dekat carburator~ try lah letak skit. tapi better suruh orang yang pandai insyaAllah boleh tangkap minyak dan start balik

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom Check Bateri Kereta Guna Multimeter MRDIY

Salam semua, masa Perintah Kawalan Pergerakkan ini, kita jangan lupa pula rajinkan start enjin kereta. Nanti bateri kereta terlalu low takut tak boleh start pula! Sekarang bengkel pun ada waktu operasi tertentu! Jadi marilah kita beringat-ringat dan ambil masa terluang untuk check bateri kereta kita. Pertama sekali saya membeli digital multimeter in di MR DIY dengan harga RM11.70 . Secara jujurnya terceruk juga lah nak cari multimeter ini dekat bahagian rak yang ada tools-tools kalau tak silap saya, kalau beli online lagi senang search jer, beli, pastu boleh delivery. Jimat masa 1-2jam :P. Hah eloklah delivery sebab sekarang kan musim CoVid-19. Beberapa bahagian penting yang kita kena tahu untuk mula menggunakan digital multimeter ini. Apa itu Digital Multimeter ? Alat multimeter digital (DMM), alat penting yang boleh anda gunakan untuk mendiagnosis litar, belajar tentang reka bentuk elektronik orang lain, dan juga menguji bateri. Oleh itu, nama multi/'pelbagai' -

Chassis Bengkok

Salam, aku nak citer skit. ritu aku nek kete, langgar lubang besar.. hmm...gedebukkkkk kuat bunyi .. OK something wrongg.. bumper dah senget. pusing stereng tayar bebunyi... apa jadi? chassis dah bengkok daaa.. duit melayang dah tgh raya... maka lepas raya .. aku gi lah usha bengkell tanya arga... kes camni KENA ketuk boddy.. takde dah cara lain. ni bukan masalah bumper depan jatuh,, ni masalah chassis bengkok. bleh angkat hood bonet depan.. tuk tengok kebengkokan dia. 3 kedai aku gi 3 kedai offer arga len2 acai : rm 370 apek : rm550 ah long! : rm 800 pengsan aku.. memang acai ler aku ambik!. Sebelum : Selepas pesanan sila lah berhati2 memandu tak yah nak laju sangat.!