Skip to main content

Pengalaman Beli Kereta "Second"Hand

post pendek.

benda2 yang aku terlepas pandang masa beli wira ni


  • Tak panggil orang pandai usha keter  sekali, aku cuba check sendiri minyak itam, asap putih, cari benda2 macam rosak tuk nego arga, tengok tayar, bahagian accident, bahagian potong kalau bleh nampak ah. 

  • Tak check saman di Polis Trafik sebenar, tak check saman di kaunter JPJ terlalu bergantung pada online and SMS system, data yang diberi tak accurate. Aku just inform prev owner tuk double check berdasar kan result SMS..and bayar saman kalau betul. Pastu lepas aku dah beli keter,tukar nama dah, ada satu time tu aku sangkut kat insurance, then aku gi JPJ.. check kenapa saya tak bleh buat insurance padahal dah tukar nama, pastu dia check2 , dia kata keter ni BLACKLIST polis under saman polis trafik. OMG. sakit jantung aku time tu. Pelik camner leh lepas tukar nama rasmi kat JPJ(mungkin policy JPJ benarkan kowt. aku tak study mendalam procedure dia). 

  • Tak check geran di JPJ, geran yang aku dapat suci bersih tu, sebenarnya orang yang jual kat aku tu bukan first owner, orang tu third owner. Aku pelik bin ajaib betul camner Geran tu bleh bersih giler. Aku assume jelah ada orang kuat makan rasuah dalam JPJ sampai dia leh kuarkan geran bersih. agak2 kalau aku tengok keter tu dah 3 orang owner previously konpem2 aku tak beli kan? Nasihat aku, wahai anda yang nak beli keter second tolong mintak fotostat geran, pastu gi bawak geran tu gi JPJ tuk check sape tuan empunya sebelum tu. Geran yang valid sahaja tak cukup!

  • tak tanya prev owner pantang larang keter tu .. apa benda bleh uat tak bleh uat. in end aku nyer keter alarm bunyi sehari aku tak sedar! probably aku men wayar kat bonet depan

benda2 aku belajar masa beli keter

  • Masa tukar nama, JPJ akan tanya sama ada ko nak dah beli insurance ke blum, cam kes aku ni, aku tak beli lagi insurance. So aku beli insurance after tukar nama, maka lepas tu, aku try apply insurance, ada satu bank ini punca sebenarnya adalah DATABASE tak update, so bila aku nak uat ngan bank tu system dia tak lepas. itu pasal lepas tu aku gi balik JPJ tanya kenapa tak bleh uat insurance.  Pegawai JPJ tu kata takder masalah awak nak uat insurance after tukar nama, tapi MOST insurance agency or bank akan kata slalunya beli insurance dulu bru tukar nama bukan tukar nama dulu..pepepon benda ni valid so jangan mengelabah macam aku. convincekan insurance panel yang memang ko dah tukar nama. and pastikan ko pon dah double check ngn JPJ yang memang nama ko dah tukar. insurance panel pon bleh check tapi mungkin makan masa skit. so sabar yeh. 

  • Jangan mudah percaya kata penjual / prev owner/orang kita tak kenal pong. Keter takder masalah ke apa ke, REALITi memang keter terpakai umur dah meningkat banyak benda kena tukar. actually beli keter second ini perlukan komitmen duit anda. Kalau mampu tukar lah benda2 yang patut tukar... kalau tak slow2(kes aku, duit tak banyak)

  • Minta cover note insurance dari prev owner, bleh bantu urusan insurance ko, pastu kat situ ko leh tengok gak NCD(non-claimed discount) dia..aku tak tau lah kalau NCD tu bleh bantu identify sama
    ada kete tu penah accident ke tak..hurmm..

  • Lagi bagus kalau ko buat surat perjanjian dengan owner. Supaya ko bleh ah nak ambil tindakan sah terhadap dia sebab bertulis kan. mintak sekali COP jari. Aku cadang .. ko tulis benda2 ko nak tulis hhaha aku tak tau leh ke tak .. contoh ayat giler: SAYA MEMANG TAK TIPU2 KALAU TAK SAYA BLEH KENA JAIL .lol.

  • Buang skit masa n tenaga. gi buat tukar nama kat JPJ n buat insurance sendiri. kalau tak ko memang kena ketuk ngan runner. atau orang yang nak tolong ko buat kan.
    Kos puspakom = rm30
    Kos tukar nama = rm100
    Kos insurance, bergantung pada keter dan pemandu juga.
    Aku ambik premium/first party, kalau kena curi leh dapat ganti rugi.


    Sekian, aku harap pengalaman aku share ni ada guna gak kat orang len.
    boleh comment ,, aku try sebaik mungkin untuk jawap soalan ko :)




Comments

  1. Kalau owner sngkut jpj nk tukar nama lain n renew road tax ad jalan die x?

    ReplyDelete
  2. Tip-tip yang bagus. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahan jangan lupa check bawah carpet dekat seat, kadang ada kesan air either aircond bocor or penah masuk air

      Delete
  3. kalau kreta masih dalam saman.tapi sya loan keta tu.adakah saya yg kena bayar atau owner lama yg kena bayar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom Check Bateri Kereta Guna Multimeter MRDIY

Salam semua, masa Perintah Kawalan Pergerakkan ini, kita jangan lupa pula rajinkan start enjin kereta. Nanti bateri kereta terlalu low takut tak boleh start pula! Sekarang bengkel pun ada waktu operasi tertentu! Jadi marilah kita beringat-ringat dan ambil masa terluang untuk check bateri kereta kita. Pertama sekali saya membeli digital multimeter in di MR DIY dengan harga RM11.70 . Secara jujurnya terceruk juga lah nak cari multimeter ini dekat bahagian rak yang ada tools-tools kalau tak silap saya, kalau beli online lagi senang search jer, beli, pastu boleh delivery. Jimat masa 1-2jam :P. Hah eloklah delivery sebab sekarang kan musim CoVid-19. Beberapa bahagian penting yang kita kena tahu untuk mula menggunakan digital multimeter ini. Apa itu Digital Multimeter ? Alat multimeter digital (DMM), alat penting yang boleh anda gunakan untuk mendiagnosis litar, belajar tentang reka bentuk elektronik orang lain, dan juga menguji bateri. Oleh itu, nama multi/'pelbagai' -

Jangan Isi Minyak Sedikit Sedikit Nanti Rosak Fuel Pump!

Salam semua, Hari ini kereta aku mampus tepi jalan kehabisan minyak. Alkisahnya, nampak dah lampu minyak kereta menyala, tanda kena isi minyak, tapi sebab kejar delivery time maka, aku teruskan juga perjalanan.  Selamat tiba di destinasi yang dirancang, kini nak cepat-cepat pulang, aku tahu minyak memang tinggal sedikit, tapi masalahnya adalah aku x jumpa stesen yang berdekatan! Maka gigihkan diri untuk jalan juga. Tiba satu tempat mati juga kereta. Syukur tak jauh dari situ ada Shell, ni dekat Glenmarie. Aku pun jalan lah... Nasib baik staff dekat Shell tu baik, kasi sewa tong minyak, kasi funnel. tapi isi pakai funnel masih susah sebab minyak terkeluar2.   gambar dari internet ya. lupa pula nak snap. Shell kasi option 1) sewa tong dengan harga rm5 tu boleh isi dalam rm7 minyak, lepas tu pulangkan dapat duit rm5 2) atau beli tong tu dengan harga rm5 kebetulan ada juga dia bagi funnel, tapi funnel tu macam tak ada function pun..sebab masih banyak minyak melimpah keluar... a

Chassis Bengkok

Salam, aku nak citer skit. ritu aku nek kete, langgar lubang besar.. hmm...gedebukkkkk kuat bunyi .. OK something wrongg.. bumper dah senget. pusing stereng tayar bebunyi... apa jadi? chassis dah bengkok daaa.. duit melayang dah tgh raya... maka lepas raya .. aku gi lah usha bengkell tanya arga... kes camni KENA ketuk boddy.. takde dah cara lain. ni bukan masalah bumper depan jatuh,, ni masalah chassis bengkok. bleh angkat hood bonet depan.. tuk tengok kebengkokan dia. 3 kedai aku gi 3 kedai offer arga len2 acai : rm 370 apek : rm550 ah long! : rm 800 pengsan aku.. memang acai ler aku ambik!. Sebelum : Selepas pesanan sila lah berhati2 memandu tak yah nak laju sangat.!