Skip to main content

Posts

Service Radiator

Radiator tak pernah kena service selepas bertahun-tahun. Apa jadi bila kita tak service radiator?  Ok radiator akan tersumbat dan temperature kereta akan naik dan mudah panas. Paling teruk kalau enjin rosakkkkk.. Tengok penuh dengan residue karatssssssss Mesin yang digunakan untuk flush radiator Sebab batang paip kat bawah tu macam bocor juga. takut air tak dapat nak sejukkan enjin maka tukar juga lah Pak cik ini tengah cuci radiator      Pipe lama yang dah berkarat & bocor skit. Total hangus nak dekat rm300. Upah service dalam rm150++ kalau tempat lain maybe rm100. Lepas tu tukar paip besi tu. Lepas dah service temperature maintain baik Boleh service 2 kali setahun atau per 60000km.
Recent posts

Oil leaking wira

Ok possibility dia adalah oil seal dah broken. baru2 ni sis pergi hantar bengkel lepas tukar oil seal ok. tapi tulah mana kedai nak tukar oil seal jer..mesti nak tukar timing belt juga. maka. hadap jelah duit hangus. boleh kumpul duit dulu before tukar. klu leaking tak teruk sangat minyak masih cukup untuk operasi secara harian top up jelah huhuh.

Kereta Wira tak boleh START?

 Ok to keep it short. ada beberapa sebab kenapa kereta tak boleh start. Lazimnya 1. Habis minyak. ini bukan lawak ya, reality. rajin2 lah isi minyak. jgn tunggu nak dekat2 E, nanti fuel pump lama-lama boleh rosak :D 2. Fuel Pump rosak ya betul kalau fuel pump rosak minyak tak naik dekat enjin macam mana nak mulakan pembakaran? he he. ni memang confirm kena tukar. 3. Battery MATI  ini pun kebiasaannya,jadi jangan panik. boleh beli jer battery baharu. Kalau ada multimeter boleh tengok sekiranya voltage battery kita bawah 13V. Tutorial ada kat sini , cara ini pun boleh guna untuk check alternator charging tak battery kita lepas engine hidup.   4. Starter rosak yang ini sis pernah ada pengalaman masa guna kancil dulu. tapi tak reti nak explain jadi boleh check blog post ini lengkap info :D https://www.kinongaraj.com/tanda-starter-kereta-rosak/   5. Crankshaft sensor rosak Ini sis baru terkena ha ha ha. Yelah kereta dah tua, kalau sensor ini rosak dia tak boleh nak manage ignition timing,

Accident / Kemalangan Kereta? Cara Claim Insurans / Insurance Takaful Malaysia [Part Two]

Sambungan dari post yang pertama ( Accident / Kemalangan Kereta? Jangan Panik / Panic. Lakukan Perkara Berikut [Part One] )    Rujukan penuh boleh baca di link ini complete handbook guide oleh Takaful Malaysia kalau masih tak clear boleh aja call mereka untuk dapatkan bantuan. Cara-cara klaim insurans / claim insurance Takaful Malaysia 1. Sediakan dokumen-dokumen minimum yang diperlukan Salinan Laporan Polis  Salinan Geran Kereta Salinan IC Pemandu Salinan Lesen Pemandu Sijil Takaful Gambar-gambar bukti accident dalam bentuk digital / soft copy 2. Bawa kereta ke bengkel panel  Untuk Takaful Malaysia boleh lawati page ini untuk lihat list panel-panel bengkel mereka.        3. Berurusan dengan bengkel panel         Segala urusan claim akan dilakukan oleh bengkel panel. Kita hanya perlu check update dari mereka dari masa ke semasa dan berikan segala dokumen yang diperlukan.        4. Selepas 2 minggu ambil Keputusan Siasatan         Boleh ambil Keputusan Siasatan dari balai polis trafik

Accident / Kemalangan Kereta? Jangan Panik / Panic. Lakukan Perkara Berikut [Part One]

 Assalamualaikum,  Saya nak berkongsi pengalaman saya accident kereta baru-baru ini. Bacalah dari mula sampai akhir semuga bermanfaat. Saya akan update posting ini dari masa ke semasa supaya proses yang saya lalui dapat berkongsi bersama.   Jangan PANIK! Perkara yang kena buat masa accident kereta 1. Catit waktu & tarikh kejadian Antara perkara yang kita kena tahu semasa report ke balai polis trafik nanti adalah, waktu kejadian. Tulis / catit nota di phone anda  / di mana-mana buku / kertas untuk mencatit waktu kejadian. Seperti saya kejadian berlaku lebih kurang 11am 2. Rakam / Tangkap gambar lokasi kejadian Kita kena tahu tapak kejadian yang sebenar, ini semua informasi yang diperlukan semasa buat report polis nanti. Seperti saya kejadian berlaku di Jalan Persiaran Subang Jaya , dekat dengan simpang keluar Jalan Subang 2 . Silapnya saya tidak tangkap gambar jalan jadi masa di pejabat polis kena tengok google Map. Berdekatan, simpang keluar Jalan Subang 2, ada kereta uturn di temp

Jangan Isi Minyak Sedikit Sedikit Nanti Rosak Fuel Pump!

Salam semua, Hari ini kereta aku mampus tepi jalan kehabisan minyak. Alkisahnya, nampak dah lampu minyak kereta menyala, tanda kena isi minyak, tapi sebab kejar delivery time maka, aku teruskan juga perjalanan.  Selamat tiba di destinasi yang dirancang, kini nak cepat-cepat pulang, aku tahu minyak memang tinggal sedikit, tapi masalahnya adalah aku x jumpa stesen yang berdekatan! Maka gigihkan diri untuk jalan juga. Tiba satu tempat mati juga kereta. Syukur tak jauh dari situ ada Shell, ni dekat Glenmarie. Aku pun jalan lah... Nasib baik staff dekat Shell tu baik, kasi sewa tong minyak, kasi funnel. tapi isi pakai funnel masih susah sebab minyak terkeluar2.   gambar dari internet ya. lupa pula nak snap. Shell kasi option 1) sewa tong dengan harga rm5 tu boleh isi dalam rm7 minyak, lepas tu pulangkan dapat duit rm5 2) atau beli tong tu dengan harga rm5 kebetulan ada juga dia bagi funnel, tapi funnel tu macam tak ada function pun..sebab masih banyak minyak melimpah keluar... a

Jom Check Bateri Kereta Guna Multimeter MRDIY

Salam semua, masa Perintah Kawalan Pergerakkan ini, kita jangan lupa pula rajinkan start enjin kereta. Nanti bateri kereta terlalu low takut tak boleh start pula! Sekarang bengkel pun ada waktu operasi tertentu! Jadi marilah kita beringat-ringat dan ambil masa terluang untuk check bateri kereta kita. Pertama sekali saya membeli digital multimeter in di MR DIY dengan harga RM11.70 . Secara jujurnya terceruk juga lah nak cari multimeter ini dekat bahagian rak yang ada tools-tools kalau tak silap saya, kalau beli online lagi senang search jer, beli, pastu boleh delivery. Jimat masa 1-2jam :P. Hah eloklah delivery sebab sekarang kan musim CoVid-19. Beberapa bahagian penting yang kita kena tahu untuk mula menggunakan digital multimeter ini. Apa itu Digital Multimeter ? Alat multimeter digital (DMM), alat penting yang boleh anda gunakan untuk mendiagnosis litar, belajar tentang reka bentuk elektronik orang lain, dan juga menguji bateri. Oleh itu, nama multi/'pelbagai' -